Monday, 11 June 2012

1 Malaysia Theme Song

Sejarah Kem PLKN San Shui


Papan Tanda Kem
Pemandangan dari Udara Kem
Kem PLKN San Shui terletak di Shan Shui Golf Club & Country Resort, KM 15 Jalan Apas, 16 Kilometer dari Bandar Tawau dan 12 kilometer dari Lapangan Terbang Tawau. Kem ini mula dibuka pada 15 Februari 2004 dan berkeluasan 26.7 Ekar. Kapasiti bagi kem ini ialah seramai 400 orang pelatih. Kem ini diusahakan  oleh Puncak Deras (Tawau) Sdn Bhd. San Shui yang membawa maksud Gunung & Air memberi seribu makna terhadap pemandangan di persekitaran kem ini yang berlandskapkan Gunung-ganang yang tumbuh menghijau melitupi gambaran keindahan suasana di Kem ini. Kem yang telah berusia hampir 8 tahun ini masih mampu beroperasi dan berdaya saing dari segi tahap kesiapsiagaan serta kepuasan perkhidmatan terhadap pelanggan yang terdiri daripada Pelatih-pelatih yang menjalani latihan di Kem ini.